Jumat, 30 Juli 2010

Jintan Hitam {Habbatus Sauda'}

Jintan hitam telah digunakan sejak dahulu kala , asalnya ia digunakan oleh orang-orang parsi dan shonaiz dalam masakan dan perubatan mereka.Ia berasal dari kawasan medditeranean, namun kini ia juga ditanam di Afrika utara dan sesetengah bahagian asia seperti india.Pokok jintan hitam mempunyai daun yang halus dibahagian bawah manakala bahagian yang hampir dengan bunga dan pucuknya mempunyai daun yang agak besar (5 -10 cm panjangnya) dan menyerupai pokok fenel. Jintan hitam dihasilkan dari bijinya.Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih.Tumbuhan semusim ini mencecah antara 12 hingga 18 inci ketika matang(ketika bijinya dituai).Buahnya pula berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji-biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal.setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan bertukar menjadi hitam selepas terdedah pada udara.Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam kubur Firaun yang terkenal, Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

kegunaan:

Ia digunakan dengan banyaknya dalam garam masala.Hipoccrates menggunakan jintan hitam sebagai penawar untuk masalah hati dan penghadaman.Ia juga digunakan oleh ahli perubatan greek lain untuk mengubat sakit gigi,sakit kepala, hidung tersumbat dan masalah parasit usus seperti cacing.Ahli perubatan islam yang terkenal Ibnu Sina didalam bukunya , mencadangkan jintan hitam digunakan untk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat.Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) kerana satu kajian di barat menunjukkan ekstrak dari bijinya adalah toksid kepada sel kanser (kajian dijalankan dimakmal terhadapat tikus. Ia juga dapat menghalang darah dari menjadi toksid yang disebabkan oleh ubat anti kanser cisplatin.Kajian makmal juga menunjukkan sel kanser yang disimpan dalam inkubator bersama ekstrak jintan hitam tidak dapat menghasilkan faktor untuk pertumbuhan (fibroblast growth factor) dan protein berkalogen yang diperlukan untuk perlukan untuk pertumbuhan tumor.Selain itu ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.Bagaimanapun, penemuan ini masih diperingkat kajian lagi.Pautan jintan hitam:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar